suria

Aneh sikap famili bukan Islam di meja sebelah menjelang waktu berbuka, lepas Maghrib baru tahu sebabnya

Pelbagai pilihan judah untuk berbuka puasa. -Gambar hiasan

SELAIN di rumah, ramai memilih untuk berbuka puasa di restoran dan hotel sepanjang bulan Ramadan ini.

Sama ada hidangan ala carte atau bufet, masing-masing rambang mata apabila memilih juadah untuk menjamu selera.

Di Malaysia, orang bukan Islam turut teruja menyambut Ramadan yang disambut meriah malah ada yang menempah meja pada waktu berbuka.

Sajian bufet Ramadan turut menjadi perhatian. -Gambar hiasan

Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh seorang wanita, gelagat sebuah keluarga bukan Islam yang duduk di meja bersebelahan dengannya mencetuskan tanda tanya.

"Meja sebelah adalah keluarga bukan Islam. Saya dan kawan pelik kenapa dia tak makan makan.

"Saya pun tanya, Maaf, miss. Saya perasan kamu tak makan apa-apa di hadapan kamu sejak setengah jam lepas," katanya.

Bercerita lanjut, wanita itu memaklumkan respons salah seorang daripada mereka ternyata mengejutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit ada tapi wanita bujang ini suka buka puasa di masjid sepanjang Ramadan... Tapi risau pula orang label kedek

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja sedih pelanggan seagama mengamuk gara-gara satu juadah berbuka lambat sampai - “Sampai hati marah, kami pun belum makan”

"Seorang daripada mereka iaitu wanita jawab, Tak apa, kami respek (hormat) mereka yang sedang berpuasa. Aku terkedu.

"Aku balas dengan terima kasih. 'Tapi kalau kamu mahu makan, teruskan. Ini adalah tempat awam. Kami benar-benar faham'," ujarnya mengimbas kembali perbualan singkat itu.

Jelasnya lagi, wanita bukan Islam itu bersama keluarganya bagaimanapun tetap tidak menjamah walau sedikit pun makanan selepas ditegur secara baik.

Mereka lebih common sense daripada segelintir wanita Islam yang makan secara terbuka hanya kerana alasan 'bendera merah'.

NETIZEN

Sebaliknya, mereka terus menunggu dan bersabar seperti kebanyakan pelanggan lain.

"Lepas azan Maghrib baru dia makan," katanya.

Ramai juga memilih untuk berbuka puasa di masjid. -Gambar hiasan

Menerusi perkongsian tersebut, dia mengakui berbangga menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hidup di negara yang harmoni dan berbilang kaum.

"Kita hidup berbilang bangsa, berbilang kepercayaan. Kita agama kita. Dia agama dia.

"Kita ada garis panduan yang kita kena ikut. Hal paling mudah seperti 'yang tak boleh puasa lebih afdal makan secara sembunyi' pun orang dah pertikai, macam mana orang nak hormat kita umat Islam sendiri tak hormat agama," katanya lagi.

Rata-rata netizen turut kagum dan menghargai sikap keluarga bukan Islam seperti yang diceritakannya kerana menghormati umat Islam berpuasa.

Kata mereka, ini berbeza dengan segelintir wanita beragama Islam yang didakwa makan secara terbuka, dengan alasan 'datang bulan'.

"Mereka lebih common sense daripada segelintir wanita Islam yang makan terbuka hanya kerana alasan 'bendera merah'. Malu tu dah tak wujud dalam kamus hidup mereka.

"Nak makan boleh, makanlah dekat rumah atau dalam kereta. Ni pergi canang satu Malaysia yang dia terpaling 'bendera merah'. Semoga hidayah sampai dekat keluarga bukan Islam ni," komen netizen.

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain