HARI Raya Aidilfitri biasanya disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan orang tersayang.
Namun, tidak semua dapat meraikannya dengan tenang terutamanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga sakit atau uzur.
Di TikTok, seorang jururawat lelaki turut berkongsi kisah wanita berusia yang akan dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad setiap tahun menjelang Aidilfitri.
Perjalanan balik kampung ketika musim perayaan tidak sesuai bagi orang tua yang sedang uzur. -Gambar hiasan
Dakwa pemuda itu, situasi ini sudah berlarutan beberapa tahun walaupun wanita berkenaan sebenarnya tidaklah uzur seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya.
"Ada satu keluarga ni, setiap tahun dekat waktu nak raya, akan ada booking admission atau elective admission dua ke tiga hari sebelum raya dengan reason burn out sebab dementia.
"Tapi makcik tu dengan kami macam biasa je. Tak adanya macam dalam reason dia admission dia tu," dakwa jururawat berkenaan.
Biarlah, anak-anak tu bagi penjagaan yang baik kan? Anak-anak pun nak raya dengan seronok.
NETIZEN
Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu setakat ini meraih lebih 116,000 tontonan.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sedih serta kurang bersetuju dengan tindakan keluarga tersebut jika benar mereka bertindak seperti didakwa.
"Seriuslah ada orang boleh raya dengan tenang dan aman damai kalau ada keluarga dalam wad?
ARTIKEL BERKAITAN: Berjurai air mata panggilan “mak” tak bersahut, rupa-rupanya sudah 7 bulan ibu tiada... Wanita ini tak pernah ‘skip’ ziarah rumah arwahARTIKEL BERKAITAN: Bapa dah tiada, mak masuk hospital! Dua beradik jual kek dipertemukan dengan pemuda pernah alami nasib sama
"Tak apalah, hari ni mereka hantar mak ayah. Mana tahu esok-esok, dia pula yang anak-anak hantar ke situ.
"Kesiannya makcik tu, dia pun nak raya," tulis beberapa netizen.
Namun, ada juga yang melihat tindakan keluarga itu dari sudut positif.
Ramai individu mula sibuk melakukan persiapan raya pada penghujung Ramadan. -Gambar hiasan
"Biarlah, anak-anak tu bagi penjagaan yang baik kan? Anak-anak pun nak raya dengan seronok.
"Normal benda macam ni. Lebih baik hantar masuk wad daripada hantar ke pasar.
"Siapa kita nak judge mereka? Kita tiada di tempat mereka," demikian antara komen netizen lain.