suria

Tak dapat cuti panjang, mak ayah bengang taska tutup seminggu... Tak ada siapa nak jaga anak

Kebanyakan taska lazimnya akan mengeluarkan takwim lebih awal untuk memudahkan ibu bapa merancang hari cuti. -

SEBAGAI ibu bapa yang bekerja, menghantar anak ke taska atau nursery adalah salah satu solusi terbaik untuk memastikan anak-anak tetap terjaga ketika mereka sibuk mencari rezeki. 

Namun dalam kegembiraan menyambut hari raya, ramai ibu bapa yang terpaksa berdepan cabaran apabila pusat jagaan tersebut menutup operasi sempena cuti perayaan. 

Secara tidak langsung, ia memberi impak terutamanya kepada golongan ibu bapa yang terpaksa bekerja atau tidak mendapat cuti yang panjang ketika hari raya.

Menyedari terdapat rungutan daripada ibu bapa yang meluahkan rasa kecewa, seorang pelayar tampil berkongsi pandangannya supaya isu tersebut difahami dengan jelas dan golongan tersebut tidak sewenang-wenangnya menyalahkan pihak taska. 

Ibu bapa yang bekerja terpaksa mencari alternatif lain sekiranya taska menutup operasi pada waktu tertentu. -Gambar hiasan

"Terbaca luahan parents pasal taska tutup sampai seminggu musim raya. Mungkin sekadar meluah tapi ayat tu lebih ke arah salahkan atau kecewa taska tutup sampai seminggu, parents susah sebab tak dapat cuti.

"Kita as owner selalu dah utamakan parents and kids dalam segala hal, kebajikan teachers juga kita kena jaga sebab nak jaga kualiti guru-guru kita. Betul kan?

"Bila lagi cikgu nak rehatkan mental fizikal kalau bukan cuti raya seminggu ni yang kita ambil setahun sekali sahaja.

"Sangat tak relevan untuk salahkan taska tutup seminggu kecuali dalam garis panduan kata tutup dua hari, tup tup pergi tutup seminggu," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Si ibu MC, terlantar sakit di rumah... Pengasuh ‘buat muka’ tak puas hati sebab hantar anak untuk dijaga

ARTIKEL BERKAITAN: Taska pengotor! Wanita terkejut tengok anak-anak asuhan makan kongsi sudu... Patut la senang sangat dapat penyakit

Tambah pelayar berkenaan, lazimnya pihak pengurusan taska sudah memaklumkan lebih awal mengenai takwim serta garis panduan untuk diambil perhatian oleh para ibu bapa.

"Masa pendaftaran, pihak taska biasa ada edarkan garis panduan dan peraturan taska yang semua ibu bapa kena patuhi. Dalam tu ada tulis cuti raya selama seminggu, atau ambil dua hingga tiga hari cuti, atau memang tak tutup langsung sekali pun.

"Masa itulah sepatutnya decide nak daftar anak atau tidak, dan risiko apa yang parents perlu ambil bila dah mula nak hantar anak dekat situ. 

Dah berdamai dengan takdir. Tak boleh nak paksa tadika yang ikut kita, itu maid namanya.

NETIZEN

"Bukan masalah cuti saja. Waktu operasi, anak sakit tak boleh hantar ke taska, perubahan waktu sepanjang bulan Ramadan dan lain-lain. Tak bolehlah dah daftar anak, lepas tu baru nak mengeluh kan," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur namun rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan pelayar berkenaan.

Antara komen yang dilontarkan netizen.

Menurut mereka, ibu bapa sewajarnya perlu lebih peka terutama bagi mereka yang bekerja dalam bidang profesional dan terikat dengan tuntutan tugas. 

"Betul, biasa taska memang dah letak dekat takwim untuk whole year. Parents plan dari situ. In case memang tak boleh cuti, cari alternatif lain. Sekarang ada banyak options. Cari penyelesaian bukan rumitkan masalah.

"Setuju. Masa saya kerja sebagai guru murid keperluan khas di centre, saya hantar anak ke taska. Ada masa taska cuti tapi centre saya tak cuti. Gilir dengan husband ambil cuti jaga anak.

"Dah berdamai dengan takdir. Tak boleh nak paksa tadika yang ikut kita, itu maid namanya. Nasib husband jenis senang cuti, so kalau clash, memang husband la jaga anak. Saya susah cuti," demikian antara komen netizen. 

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain