suria

Influencer jatuh longkang di pagi Syawal, terpaksa beraya atas kerusi roda… Sempat mekap isteri sambil tahan sakit

Prince Syed terpaksa menggunakan kerusi roda pada 1 Syawal.

PERSONALITI media sosial, Syed Muhammad Shah Hasif terpaksa beraya di atas kerusi roda selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ke dalam longkang pada awal pagi Isnin, 1 Syawal 1446 Hijrah.

Usahawan yang lebih dikenali sebagai Prince Syed Shahid itu berkata, dia terjatuh ketika pulang dari sebuah kedai mamak di Klang, Selangor bersama keluarganya, kira-kira pukul 2 pagi.

"Pukul 2 pagi tadi, anak merengek nak makan roti canai. Jadi kami pergi ke sebuah kedai mamak berdekatan dengan rumah. Masa nak balik, tak perasan ada longkang.

Di sebalik ujian yang menimpa, hari raya tetap diraikan dengan meriah oleh keluarga ini.

"Jadi, saya terjatuh ke dalam longkang dan terus ke unit kecemasan. Doktor dah buat imbasan, syukur tak patah atau retak. Cuma tisu koyak. Memang sakit sangat.

"Terpaksalah saya beraya duduk di atas kerusi roda. Sepatutnya kena simen, tapi saya tak mahu sebab nak beraya dulu," ujarnya kepada mStar.

Doktor dah buat imbasan, syukur tak patah atau retak.

PRINCE SYED SHAHID

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Di sebalik ujian itu, Prince Syed berkata dia tetap bersemangat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarganya di Klang.

Walaupun bersengkang mata sambil menahan sakit, Prince Syed tetap menggagahkan diri untuk menatarias wajah isterinya sebelum mereka beraya pada pagi 1 Syawal.

"Kalau ikutkan, malas nak pakai baju raya. Tapi sebab dah keluar modal besar, rasa terkilan pula kalau tak pakai. Lepas balik hospital, terus saya mandi dan siapkan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kedai emas dikenakan tindakan lepas baling cincin kepada influencer… Melepas jualan RM90,000

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati isteri lihat gumpalan rambut dalam laksa... Usahawan ‘penat’ 2 kali rebus tetap ada, netizen cadang buat ujian DNA

"Saya sendiri yang mekap isteri, memang wajib saya solek wajah dia. Kemudian masa bergambar, saya bangunlah sekejap dari kerusi roda," ujarnya berseloroh.

Antara lain, Prince Syed mendedahkan dia menyediakan 30 pasang pakaian untuk isteri dan anak-anaknya bagi digayakan sepanjang bulan Syawal.

Prince Syed dan isterinya sering menjadi bahan kecaman netizen gara-gara pemakaian serta gaya hidup mereka. 

Untuk rekod, Prince Syed memiliki lebih 300,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Dia dan isterinya, Fatin Syazwani Ishak mempunyai dua orang cahaya mata.

Pasangan itu kerap tular di media sosial gara-gara pemakaian melampau serta gaya hidup mewah yang ditunjukkan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain