TOPIK mengenai duit raya hangat menjadi bualan netizen setiap kali tibanya sambutan Aidilfitri.
Kali ini, seorang pemuda turut berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang dihantar ke rumahnya untuk mengutip duit raya.
Menurut pemuda berkenaan, kanak-kanak yang tidak dikenali itu datang ke rumahnya sementara ibu bapanya menunggu di dalam kereta.
Kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira setiap kali tibanya Syawal. -Gambar hiasan
"Budak-budak sekarang memang datang beraya rumah stranger cuma untuk duit raya je ke? Sebab tadi, ada seorang umur tujuh tahun datang seorang diri.
"Aku tanya, mana kawan atau adik beradik dan suadara mara? Aku tanya jalan kaki ke? Dia kata tak. Dia kata mak ayah dia hantar, naik kereta ke setiap rumah untuk kutip duit raya.
"Aku tanya mana mak ayah? (Dia jawab) ada kat depan sana, tak masuk, tapi anak seorang je masuk," ujar pengguna aplikasi TikTok itu.
Bagi aku benda ni dah jadi macam satu sindiket hari raya.
PENGGUNA APLIKASI TIKTOK
Menurutnya lagi, dia melihat situasi itu seperti satu sindiket memandangkan kanak-kanak itu bukan datang untuk ziarah raya, sebaliknya mahu mengutip duit sahaja.
"Bagi aku benda ni dah jadi macam satu sindiket hari raya. Tak tahu duit dapat ke anak atau mak ayah ambil duit nanti.
"Sebenarnya duit raya bukan big issue, cuma aku nak tekankan adab kita. Adakah raya untuk ziarah atau semata duit raya?" soalnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri harap sangat suami bagi duit raya, rancang mogok kalau tak dapat... Beza dengan wang belanja bulanan
ARTIKEL BERKAITAN: Duit raya baru tukar ‘hilang’ sekelip mata! Wanita 'korek' tong roro penuh sampah, sanggup cari dalam air berulat
Video yang dikongsi pemuda itu menerima hampir 100,000 tontonan.
Namun, ramai netizen yang mempertahankan tindakan kanak-kanak itu memandangkan amalan tersebut sudah menjadi amalan zaman berzaman.
"Tu biasa time raya budak-budak ni datang sebab duit raya. Dah bertahun dah bang. Time raya je, jangan risau.
Ada tuan rumah kecewa kerana kanak-kanak yang datang enggan beraya, sebaliknya hanya meminta wang. -Gambar hiasan
"Kutip (duit raya) salah, tak kutip nanti cakap budak sekarang asyik duduk rumah main game.
"Memang macam tu la raya untuk budak-budak," tulis beberapa netizen.