suria

Wanita tak terima kanak-kanak datang beraya! Sofa baru beli terbakar, ada budak main mercun dalam rumah

Keadaan sofa selepas terbakar akibat mercun dikongsikan.

HARI raya yang sepatutnya penuh keceriaan bertukar menjadi mimpi ngeri buat keluarga ini selepas menerima kunjungan tetamu yang datang beraya.

Mana tidaknya, sofa mereka yang baru dibeli hangus terbakar gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab seorang kanak-kanak bermain mercun dalam rumah.

Kisah ini diceritakan semula oleh seorang wanita selepas insiden tersebut berlaku di rumah ibu saudaranya pada hari pertama Syawal. 

Pengadu menceritakan pengalaman pahit selepas menerima kunjungan tetamu beraya. -Gambar hiasan

"Hari pertama raya sofa makcik terbakar sebab budak main mercun dalam rumah. 

"Tak tahu nak cakap terbakar tu sengaja atau tidak. Lepas tu kau lari kan budak. Bodoh!

"Ini bukan sikit, sofa harga RM4,000 orang baru beli," katanya.

Lebih mengecewakan, ibu bapa kanak-kanak terbabit juga belum menawarkan sebarang ganti rugi terhadap kerosakan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga api meletup di tangan anak, netizen ‘sembur’ ibu bapa lalai! Ramai makin risau andai mercun dihalalkan, makin tiada kawalan

ARTIKEL BERKAITAN: Mercun bola meletup, budak 11 tahun dikejarkan ke hospital

Situasi itu menyebabkan makciknya mengalami trauma dan enggan menerima tetamu kanak-kanak masuk ke dalam rumah selepas ini.

Makciknya juga tidak pasti jenis mercun yang digunakan, namun menegaskan ia cukup kuat untuk menyebabkan kebakaran.

"Tak tahu nak fikir baik macam mana sebab tak kan mercun meletup sendiri? Boleh bayang tak meletup dalam rumah. Mercun apa tak pasti sebab budaknya sudah lari.

Ini bukan nakal, ini jahat. Mujur sofa yang terbakar, kalau rumah yang terbakar?

NETIZEN

“Jujur memang sakit hati. Makcik saya trauma, tak nak kasi budak masuk rumah dah. Dia hulur duit raya je,” katanya.

Turut disertakan dalam hantaran tersebut, dua keping foto menunjukkan kesan terbakar bersaiz besar sehingga berlubang pada sofa berkenaan, membuktikan betapa seriusnya kejadian ini.

Kisah ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa marah dan kesal dengan kejadian tersebut. 

Komen netizen di media sosial.

Kebanyakan netizen mengecam tindakan budak itu dan menyalahkan ibu bapa yang didakwa gagal mengawal anak mereka ketika bertandang ke rumah orang  lain.

“Ini bukan nakal, ini jahat. Mujur sofa yang terbakar, kalau rumah yang terbakar? Macam mana?

“Tolong update macam mana makcik awak settle dengan mak budak tu ye… kurang ajar betul sampai main mercun dalam rumah orang!

“Cari budak-budak yang sama-sama datang dengan dia. Tanya siapa yang main mercun tu. Bahaya tau, nasib baik nampak sofa terbakar, buatnya kita tak sedar, boleh habis satu rumah terbakar,” ujar beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain