RASA mahu mengamuk, tetapi bapa saudara sendiri pula.
Demikian situasi yang dialami seorang wanita ini apabila bapa saudara yang menumpang keretanya dengan selamba meninggalkan kenderaan ketika dia pergi ke tandas di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R).
Berkongsi luahan kekecewaan di media sosial, wanita itu berkata dia bersetuju menumpangkan bapa saudara dan seorang sepupunya untuk pulang ke ibu kota selepas berhari raya di kampung.
"Pernah tak encounter orang yang memang you tak boleh brain dengan behavior dia? Saya balik kampung drive seorang dan dari kampung ada my uncle dan anak dia nak tumpang sebab tak sempat beli tiket bas sold out.
Keadaan trafik yang sesak menyebabkan sesetengah individu mengamalkan 'carpool' untuk berjimat terutama ketika musim perayaan. -Gambar hiasan
"Pada hari kejadian, saya drive sekitar dua jam setengah. Saya stop dekat R&R dan tanya my uncle dia nak turun kereta atau tak. Dia cakap takpelah dulu, anak dia tengah tidur dekat belakang.
"Saya pun cakap nak pergi toilet dulu. Dia kata okay pergilah," tulisnya.
Namun sebaik kembali semua ke kereta, alangkah terkejutnya wanita tersebut apabila mendapati tiada seorang pun berada di dalam kenderaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lain betul akhlak anak orang susah datang beraya, siap bersihkan serdak biskut tumpah... Perbualan dua beradik buat tuan rumah sayu
ARTIKEL BERKAITAN: Geram layan tetamu Gen Z, datang beraya ‘demand’ macam-macam... Tuan rumah terus tak jadi hidang pencuci mulut
"Pintu belakang tak tutup rapat. Tiada orang ya dalam kereta. Dia tinggal kereta aku dengan tak tutup enjin. Saya betul-betul speechless.
"Dengan handbag dekat dalam kereta, kad pengenalan, kad bank, and even laptop company dalam kereta.
"Masa tu Ya Allah, speechless tahap teruk. Rasa nak mengamuk dekat situ. Masa tu macam terkedu gila. Macam mana kalau orang bawa lari kereta aku?" kongsinya lagi.
Lebih membuatkan dia bertambah geram, lelaki tersebut dan anaknya hanya kembali ke kereta selepas menjamu selera dengan muka yang langsung tidak bersalah.
Apa punya benak tinggal kereta macam tu je. Next time tak payah dah bagi tumpang.
NETIZEN
"Dia datang dekat kereta after 40 minit saya menunggu. Lepas tu dia tanya tak pergi makan ke? Apa dia expect saya ada selera ke nak makan?
"Rasa nak marah tapi sebab fikir dia uncle dan kalau gaduh nanti bising pula parents saya.
"Saya ingat nak bergilir drive dengan dia. Disebabkan tak ada mood nak panjang cerita, saya drive je. Cepat-cepat nak hantar dia. Itu je saya fikir dan malas nak serabut dah," akhirinya.
Menjengah ruangan komen, warga maya rata-ratanya menyarankan wanita berkenaan supaya menceritakan perkara tersebut kepada ibu dan bapanya.
Sebahagian komen warga maya.
Malah mereka menasihatkan supaya dia tidak lagi menumpangkan saudara sekiranya pulang bersendirian agar insiden sama tidak berulang.
"Apa punya benak tinggal kereta macam tu je. Next time tak payah dah bagi tumpang.
"Cerita dekat family awak perangai uncle tu. Menyampah orang yang tak ada common sense ni. Macam tak boleh fikir, selfish.
"Kesabaran awak mungkin besar hikmahnya. Janganlah siapa-siapa buat macam ni dah dekat awak," komen netizen.