suria

Mohon AL wajib tunjuk dokumen sokongan, majikan tak layan alasan ‘hal peribadi’! Patutlah ramai ‘resign’ 24 jam

Setiap pekerja diberikan pelbagai faedah termasuk cuti tahunan. -Gambar hiasan

HAJAT hati mahu bercuti seketika untuk menenangkan hati dan fikiran, tapi lain pula jadinya.

Mana tidaknya, 'syarat' permohonan cuti tahunan (AL) yang dikenakan majikan amat merumitkan sehingga membebankan pekerja.

Begitulah rintihan seorang wanita mengenai permohonan cuti di syarikat tempatnya bekerja.

Selain cuti tahunan, pekerja juga boleh mengambil cuti sakit jika tidak sihat untuk bekerja. -Gambar hiasan

"Pertama kali ya, selama kerja ni nak mohon AL kena ada dokumen sokongan. Tak hairanlah ramai yang berhenti kerja 24 jam dekat sini.

"Nak dokumen sokongan apa kalau AL? Saya pening betullah, nak cuti sendiri pun payah," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru masuk kerja selepas bersalin anak sulung, wanita bengang bonus kena potong - “Bukan suka-suka nak cuti”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cuti raya tak lulus, gaji tak pernah naik... Wanita bertahan kerja di syarikat toksik sebab 2 perkara

Tanpa mendedahkan syarikat tersebut, wanita itu memberitahu, dokumen sokongan itu bertujuan untuk menyatakan sebab-sebab pekerja memohon cuti.

Namun katanya, paling tak masuk akal apabila memohon cuti untuk menghadiri majlis perkahwinan juga memerlukan dokumen sokongan.

Yang tak masuk akal pasal nak AL ni, masa interview cakap lain. Dah kerja lain jadinya.

PEKERJA

"Itulah, kalau ada kenduri kahwin kena bagi kad jemputan kahwin. Kalau ada hal keluarga, nak kena beritahu hal keluarga apa. Ya Tuhanku.

"Tak cukup lagi saya bagi alasan untuk saya AL, syarikat minta dokumen sokongan lagi," ujarnya.

Jelasnya lagi, menggunakan alasan 'hal peribadi' tidak memadai kerana dokumen sokongan bukti masih diperlukan.

Seorang wanita terkilan dengan situasi yang dihadapinya di tempat kerja. -Gambar hiasan

Sudahnya, katanya, permohonan cuti tidak akan diluluskan pihak syarikat.

"Tak dilayan. Awal-awal kena reject kalau sebab atau alasan macam tu," katanya.

Terkilan dengan perkara itu, dia hanya mengetahui mengenai dokumen sokongan yang 'wajib' disertakan tersebut selepas berkhidmat di syarikat berkenaan.

"Masa saya nak MC (cuti sakit) pun disuruh juga datang kerja sampai pucat lesi. Ingat kita main-main kalau tengah sakit. Tapi itulah gagahkan diri juga datang.

"Yang tak masuk akal pasal nak AL ni, masa interview cakap lain. Dah kerja lain jadinya.

"Nak suruh kerja tanpa cuti berbakti kepada syarikat. Akhirnya syarikat tak peduli pun dekat kita," luahnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain