MEMANG benar pemilihan nama bayi merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia bukan sahaja kekal menjadi identiti seumur hidup.
Bagi umat Islam, pemilihan nama bayi sering dikaitkan dengan keindahan maknanya dengan harapan anak membesar dengan baik seiring namanya.
Bagaimanapun, peredaran masa menyaksikan pemilihan nama bayi berubah mengikut trend yang mana ada pasangan suami isteri mahukan nama lebih moden.
Dalam sesetengah kes, situasi ini boleh mencetuskan pertikaian sesama ahli keluarga sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial.
Ibu bapa digalakkan untuk memilih nama yang mudah disebut, enak didengar, dan mempunyai makna yang mulia. -Gambar hiasan
Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, kakaknya yang baru menimang cahaya mata perempuan berhasrat menamakan bayinya dengan nama moden dan kedengaran ala mat salih.
"Kakak aku nak namakan anak dia Lily Grace. Mak bapa aku pertikaikan, tak ada ke nama Melayu yang elok maknanya?
"Dia (kakak) kata dah berkenan nama mat salih. Tapi laki bini muka keturunan Melayu Jawa," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik pertikai suap anak dengan nasi lembut, wanita sentap dilabel ‘ibu tidak bijak’ - “Allahuakhbar sampai hari ni saya gosok dada”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan
Sekadar berkongsi cerita untuk bertanyakan pandangan ramai, hantaran individu berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Sebahagian daripada mereka bersetuju dengan pendapat ibu bapa individu tersebut agar bayi berkenaan diberi 'nama Melayu', antaranya untuk mengekalkan identiti dan mempunyai makna yang indah.
Dia yang beranak, suka hati dialah nak bubuh nama anak dia apa as long as baik je.
NETIZEN
"20 tahun lagi, hilang identiti Melayu kita.
"Ni mesti ingat anak nama English boleh nampak macam educated dan high class .
"Kena buli dekat sekolah, depress... Mak bapa punca," antara komen netizen.
Namun sebahagian yang lain pula berpandangan nama berkenaan tidak janggal dan turut mempunyai makna yang baik meskipun sinonim dengan mat salih.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Okay je, cantik nama tu. Dua perkataan, empat suku kata. Tak susah nak sebut nama penuh dalam senafas. Anak dia, biarlah nak letak nama apa pun.
"Dia yang beranak, suka hati dialah nak bubuh nama anak dia apa as long as baik je," demikian komen netizen yang lebih bersifat terbuka.
Sebagai maklumat tambahan, memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang anak perlu diberikan nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik, serta berbeza daripada nama yang bukan Islam.