suria

Poket ‘kering’, kawan pandai-pandai ‘blast’ jemputan makan kecil-kecilan dalam grup WhatsApp! Lelaki reda ramai tetamu serbu rumah

Pastikan kehadiran kita sebagai tetamu juga tidak menyusahkan tuan rumah. -Gambar hiasan

SETIAP tetamu yang datang ke rumah kita akan membawa rezeki.

Begitulah pegangan kita dalam menerima atau menyambut tetamu kerana kehadiran mereka akan membawa rezeki yang tidak disangka-sangka kepada tuan rumah.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pemuda menceritakan pengalaman Aidilfitri pada tahun lalu apabila dia mengundang kenalan rapat ke rumahnya bagi menikmati jamuan ringkas makan tengah hari.

Islam mengajar umatnya untuk melayan baik dan menghormati tetamu. -Gambar hiasan

Justeru dia menjemput tiga keluarga sahaja memandangkan dia memasak sendirian tanpa bantuan sesiapa.

“Tahun lepas, aku ada ajak kawan datang rumah. Aku ajak tiga family je. Kira kawan rapat akulah.

“Bukan open house. Jemputan makan tengah hari je. Sebab masa tu, isteri aku balik kampung tolong mak dia masak, ada tetamu nak datang beraya,” katanya.

Namun tanpa disangka, salah seorang rakannya bertindak memaklumkan jemputan berkenaan di dalam kumpulan WhatsApp menyebabkan jumlah tetamu yang hadir melebihi jangkaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai-ramai pergi beraya, lepas kenyang tetamu persenda ajal tuan rumah - “Jangan-jangan dah mati tahun depan”

ARTIKEL BERKAITAN: Geram layan tetamu Gen Z, datang beraya ‘demand’ macam-macam... Tuan rumah terus tak jadi hidang pencuci mulut

Walaupun terkilan, pemuda itu tetap berlapang dada menerima kehadiran tetamu walaupun dirinya sedang menghadapi masalah kewangan yang agak serius ketika itu untuk membeli hidangan tambahan.

“Ada seorang kawan aku ni, pergi blast kat grup, ajak kawan-kawan lain. Dia blast masa aku tengah sibuk masak dan kemas rumah sorang-sorang. Terkejut juga aku masa tu sebab dia pandai-pandai cakap aku ajak datang rumah kat grup.

“Aku nak marah, tapi bila fikir ada hadis Rasulullah SAW kata tetamu datang bawa rezeki dan bawa keluar benda tak elok dari rumah, aku tenang sikit. Tapi terasa juga dengan member aku tu.

“Masa tu sebenarnya aku kerja, tapi syarikat tak bayar gaji. Sepuluh bulan tak bergaji. Dapat kerja luar sebelum Ramadan tahun lepas kat Vietnam,” ujarnya.

Tapi bila fikir ada hadis Rasulullah SAW kata tetamu datang bawa rezeki dan bawa keluar benda tak elok dari rumah.

NETIZEN

Berkat layanan baik yang diberikan, pemuda itu memberitahu dia berjaya memperoleh kerja baharu, tidak lama selepas itu.

"Tapi aku sambut je diaorang. Minta maaf banyak-banyak tak sempurna. Lagipun rumah aku masa tu tak ada sofa dan TV. Reda je aku masa tu. Tapi end up jadi elok.

"Masuk bulan Ogos, aku dapat kerja... Rezeki!" kongsinya.

Komen netizen di media sosial.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap positif pemuda tersebut malah ramai bersetuju bahawa kehadiran tetamu memang membawa pelbagai rezeki tidak disangka-sangka.

“Alhamdulillah... murah rezeki selalu. Betullah, bajet masa masak tu ingat sikit je, tapi tetamu ramai kalutlah tuan rumah.

“Betul, muliakan tetamu. Raya ni tiap minggu ada yang datang, kebanyakannya saudara mara. Saya perasan, tetamu memang bawa rezeki. Rumah kami yang tersadai, tak ada orang sewa hampir lima hingga enam bulan, tiba-tiba ada penyewa.

“Posting raya macam ni yang kita perlukan... terima kasih kerana berkongsi, tuan,” antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain