APABILA berlakunya kematian, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil tanggungjawab untuk melunaskan hutang-hutang si mati.
Antara usaha yang dilakukan adalah dengan memuat naik hantaran mengenai perkhabaran duka itu dengan harapan lebih ramai kenalan munculkan diri dan menuntut hutang mereka.
Namun siapa sangka perkongsian yang dibuat untuk memudahkan urusan sebenarnya 'memancing' sindiket penipuan atau scammer datang membuat tuntuan.
Scammer sering menjadikan situasi begini sebagai 'lubuk' untuk memperdaya mangsa.
Kisah ini diceritakan seorang wanita di media sosial yang baru sahaja kehilangan adik iparnya atas sebeb-sebab yang tidak dinyatakana.
"Adik ipar saya meninggal bulan lepas. Semalam, baru suami update wakil daripada arwah...kalau ada hutang yang kami tidak tahu. Boleh hubungi suami saya.
"Apa yang kami terkejut, scammer pula yang sibuk nak tuntut cakap arwah ada hutang... paksa-paksa kami bayar," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu hantar mesej ‘done’ bayar, kongsi foto resit siap sunting.... Peniaga rasa pelik dapat notifikasi transaksi 1 sen!
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dah meninggal, individu mengaku rakan sekerja tuntut hutang 10 tahun lalu! Waris banyak soal, ragu-ragu nak bayar
Lebih mencurigakan, bukti resit transaksi yang dikemukakan kelihatan palsu malah pihak berkenaan juga menunjukkan sikap biadab ketika berurusan dengan keluarga arwah.
Mujur akaun bank kepunyaan arwah dapat diakses, keluarganya mendapati tiada sebarang transaksi seperti dinyatakan pihak tersebut.
"Apabila minta bukti, dia bagi resit yang jelas macam edit dan bukan daripada bank. Dengan bahasanya kemain (biadab).
Apa yang kami terkejut, scammer pula yang sibuk nak tuntut cakap arwah ada hutang... paksa-paksa kami bayar.
NETIZEN
"Apabila tanya macam-macam dan minta butiran, kami pula kena marah cakap pusing cerita. Mestilah kita tanya sebab jumlah yang banyak.
"Rezeki kami dapat buka akaun arwah. Kami check history transaction arwah dengan tarikh yang dia bagi. Memang tiada transaksi yang dikatakan itu," jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi yang sama malah, tak kurang juga ada menasihati keluarga arwah untuk dapatkan bukti terlebih dahulu sebelum membayar hutang.
Komen netizen di media sosial.
"Pernah kena juga, mula-mula apabila tanya dia cakap dah halalkan. Tiba-tiba mesej saya balik tanya bila saya nak bayarkan.
"Biasa kalau kita berhutang ni kawan terdekat, kawan universiti atau kawan kampung. Cuba contact mereka dulu. Tak payah public announcement.
"Suruh dia tunjuk bukti... kena ada hitam putih. Ada mesej kat whatsapp, resit bank," komen netizen.