suria

Menantu mengidam nasi minyak, mentua tak reti masak! Sudahnya minta daripada tuan rumah buat ‘open house’, hantar tengah malam

Wanita hamil sering mengidam pelbagai jenis masakan. -Gambar hiasan

APABILA isteri hamil, suami akan sentiasa bersiap sedia untuk memenuhi permintaan pasangan yang kebiasaannya akan mengidam.

Namun seorang wanita hamil tidak menyangka keinginannya untuk makan pada lewat malam, dipenuhi oleh ibu mentuanya sendiri.

Tanpa mendedahkan usia kandungan, wanita itu memuat naik status mengenai dirinya yang mengidam untuk menikmati nasi minyak lauk ayam merah.

Suami akan sentiasa bersiap sedia memenuhi permintaan isteri yang mengidam. -Gambar hiasan

"Dua hari lepas, update status WhatsApp pasal mengidam nasi minyak ayam merah.

"Mak mentua baca dan terus telefon. Masa tu dah malam, memang payah nak cari," ceritanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Menurutnya lagi, ibu mentua tidak pandai memasak hidangan tersebut tetapi tetap mahu memenuhi keinginannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita syukur dapat mentua penyayang, ambil berat kebajikan besan... Tiap kali raya suruh utamakan mak ayah sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah - “Biskut macam ni bagi itik jelah!”

Dia juga sedar bukan mudah untuk membeli atau menempah hidangan itu di mana-mana restoran, lebih-lebih lagi pada lewat malam.

"Dia (ibu mentua) nak masakkan tapi tak pandai. Dia dah la selalu sibuk kerja.

"Suami pula kerja lambat. Mengidam jenis tak boleh tunggu, nak masa tu juga.

"Bila dah siang, dah rasa tak teringin pun jadi tak carilah," ujarnya.

Mesti makan sambil mata berkaca-kaca kan sis.

NETIZEN

Bercerita lanjut, katanya, secara kebetulan ibu mentuanya baru pergi beraya dan tuan rumah itu menghidangkan nasi minyak.

"Malam tadi mak mentua beraya rumah orang dan ada hidang nasi minyak.

"Dia minta tapau (bungkus) dan hantar depan rumah pukul 12 tengah malam. Dia pesan jangan ngidam-ngidam dah," katanya lagi.

Mempunyai ibu mentua yang baik dianggap sebagai rezeki. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan kesyukuran terhadap wanita itu yang dikurniakan ibu mentua prihatin, malah sanggup bersusah payah untuk memenuhi permintaannya.

Manakan tidak, dari media sosial hingga ke drama TV, sering dipaparkan hubungan yang tidak baik antara ibu mentua dan menantu.

"Sweetnya ibu mentua, siap bungkuskan dari rumah kawan dia.

"Mesti makan sambil mata berkaca-kaca kan sis. Saya dulu tak ada mengidam tapi kalau cakap dalam hati je tak beritahu orang, tahu-tahu dapat. Allah baik sangat.

"Ibu mentua syurga. Alhamdulillah," demikian antara komen netizen.

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain