Siapa sangka kepercayaan yang diberi kepada keluarga saudara dikhianati sehinga mewujudkan trauma kepada seorang kanak-kanak yang masih kecil. -Gambar hiasan AI
KISAH hitam dilalui seseorang boleh meninggalkan parut dan trauma yang sukar dibuang daripada ingatan.Seperti kisah seorang pemuda ini, pengalaman dianiaya dan didera bapa saudara ketika berusia lapan tahun meninggalkan kesan cukup mendalam kepada dirinya sehingga dewasa. Mengimbau kenangan tersebut, pemuda itu mendakwa kakaknya yang ketika itu berusia 11 tahun turut menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bapa saudara mereka.Ceritanya, dia dan kakaknya sering ditinggalkan bersama lelaki tersebut sementara ibunya keluarga bekerja sebagai penoreh getah selain menjual kuih-muih bagi menampung perbelanjaan keluarga. Penderaan terhadap kanak-kanak boleh memberi kesan jangka panjang terhadap mangsa. -Gambar hiasan AI"Setiap kali pergi rumah dia, selalu kena pukul, sepak dan terajang."Tapi tak pernah beritahu mak sebab mak kerja menoreh dan jual kuih. Tak nak mak susah hati," ujarnya mengimbau insiden menimpa mereka.Paling tidak dapat dilupakan apabila dia dipukul tanpa belas kasihan selain ditumbuk sebelum dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya.Jelasnya, dia tidak tahu apa kesalahan dilakukan melainkan dia mendekati lelaki itu selepas dipanggil untuk mengurut kakinya.ARTIKEL BERKAITAN: Dera budak tiga tahun hingga mati, paksa makan najis sendiri... Bekas pemandu e-hailing dipenjara lapan tahunARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘disampuk’ cinta gila! Anggap anak penghalang hubungan, wanita pakat dengan kekasih dera sampai mati"Aku meraung kuat gila tapi makcik aku pekakkan telinga," katanya lagi.Dakwanya, dia dipukul tanpa henti selama 20 minit sehingga dia tidak mampu berjalan dan terpaksa merangkak memeluk kaki kakaknya sambil menangis.Katanya, kakaknya juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana bakal menerima nasib sama jika cuba membantu, sebelum akhirnya mendukung mangsa keluar dari rumah berkenaan.Pun begitu, kedua-dua beradik itu memilih untuk terus berdiam diri dan hanya tersenyum setiap kali dijemput pulang kerana tidak mahu menambah beban fikiran ibu mereka.Seorang lelaki mendedahkan pengalaman ngeri didera secara fizikal dan mental oleh bapa saudaranya ketika berusia lapan tahun.Mangsa dan kakaknya didera setiap kali dihantar menumpang di rumah bapa saudara ketika ibu mereka keluar bekerja mencari rezeki.Mangsa pernah dipukul, disepak, dan dihempas ke lantai simen selama 20 minit sehingga tidak mampu berjalan.Kedua-dua beradik memilih untuk berdiam diri demi menjaga perasaan ibu.Kesan daripada kejadian tersebut, mangsa mengakui mengalami trauma mendalam sehingga kini.Ringkasan ini dijana oleh AIRahsia gelap yang disimpan rapi sekian lama itu akhirnya diluahkan kepada ibunya apabila lelaki terbabit menginjak usia 20-an. Jelasnya, akibat penderaan mental dan fizikal yang melampau, dia mengalami trauma mendalam sehingga ke hari ini, malah berasa takut dan kekok untuk bergaul dengan golongan berusia. Perkongsian yang tular itu turut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya mengecam tindakan kejam terhadapnya.Ramai menitipkan kata-kata semangat buat mangsa agar terus kuat mendepani sisa trauma masa silam.