suria

Takaful Malaysia Bantu Permudah Tuntutan Mangsa MH370

KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) akan memastikan syarikat anggotanya membantu dan mempercepat proses tuntutan kerana sebahagian daripada penumpang dan krew pesawat MH370 adalah pemegang polisi insurans Takaful.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pengerusinya, Zainudin Ishak, berkata persatuan itu mengucapkan takziah kepada anggota keluarga penumpang MH370.

"Ini adalah masa amat menyedihkan keluarga dan rakan kepada krew serta penumpang.

"Kami berharap mereka mendapat kekuatan dan sokongan untuk menghadapi hari-hari yang sukar ini," katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan dan proses tuntutan, anggota keluarga yang terbabit boleh menghubungi MTA di 03-20318160 atau e-mel

[email protected].

Artikel Lain