KUALA LUMPUR: Pempamer di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia Ke-5 (MISF 2014) menyatakan mereka menjangka lebih ramai pembeli dan pengedar antarabangsa pada acara tahun ini. "Tahun ini penganjur berjaya menarik lebih ramai orang luar berbanding tahun lepas. "Kami menyertai acara ini bagi tahun kelima berturut-turut," kata Eddie Chong Kwok Hoong, Pengarah Kreatif pengeluar kasut tempatan, Larrie Corporation. Diasaskan pada 1978 oleh bapa Eddie, Stanley Chong, syarikat itu kini memiliki tiga jenama -- Larrie, NYC dan Twister -- serta memasar dan mengedarkan jenama antarabangsa seperti Camel Active, Crocodile, Levis, Alain Delon dan Polo Club. Sementara itu, jenama runcit kasut tempatan XES Shoes memperkenalkan siri zodiaknya yang direka bentuk mengikut lambang-lambang zodiak. "Sebagai contoh Cancer dan kemungkinan Scorpio kedua-duanya berorientasikan keluarga yang bermakna sangat berdisiplin. Lapisan dan reka bentuknya sangat halus dan berdisiplin," kata Pengurus Perhubungan Awam XESr Sabrina Quigley Chin. Sementara itu Duraber Footwear Enterprise, akan mendermakan RM5 kepada Pertubuhan Kebajikan Ephratha, Rawang bagi setiap dua pasang kasut selipar Zenton yang dijual dengan harga RM40. Festival itu yang dilancarkan secara rasmi pada Khamis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dibuka hanya kepada peniaga pada Khamis dan Jumaat dan kepada orang ramai pada Sabtu dan Ahad.