suria

MRCB Buka Nu Sentral Mall

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) pada Sabtu mengadakan majlis perasmian tepat pukul 3.30 petang yang dianggap waktu yang menguntungkan untuk pembukaan rasmi Nu Sentral Mall.

Nu Sentral, menawarkan penyambungan, pelbagai peluang pelaburan dan gaya hidup bertaraf antarabangsa, serta memiliki potensi pertumbuhan yang besar dengan lokasinya di Kuala Lumpur Sentral.

"Perkara paling penting dan menarik tentang Nu Sentral adalah potensi untuk berkembang hampir tanpa had.

"Kami menjangka kedatangan pengunjung lebih 58 juta secara kolektif setiap tahun. Ini belum lagi dikira potensi pengguna kami yang ada di sekitar radius 20 kilometer yang mungkin mencecah sehingga 800,000 isi rumah," kata Pengarah Urusan MRCB Group Datuk Mohamad Salim Fateh Din dalam satu kenyataan.

Mohamad Salim berkata MRCB juga sedang dalam rundingan dengan kerajaan untuk menaik taraf Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL) menjadi sebuah fasiliti yang moden, seakan-akan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang lengkap dengan kemudahan dan perkhidmatan.

Dengan lebih 30,000 orang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur Sentral dan 160,000 penumpang menggunakan SSKL dalam sehari, Nu Sentral akan menarik pengunjung daripada empat rangkaian rel dan akan disusuli kemudian dengan perkhidmatan MRT dan KLIA2, beratus-ratus ribu orang akan menambah kepada jumlah pengunjung sedia ada ke situ.

Nu Sentral, setinggi sembilan tingkat dengan elemen bangunan hijau dan lestari, mempunyai keluasan kasar 1.3 juta kaki persegi (lebih kurang 121,000 meter persegi) dengan Nilai Pembangunan Kasar lebih RM1 bilion dan menawarkan 287 lot runcit untuk disewakan.

MRCB, KL Sentral, Nu Sentral Mall

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain