KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd melancarkan permainan dalam talian, 'The Great Bursa Bull Hunt' untuk mewujudkan perbualan berkaitan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia. Peraduan yang disasarkan untuk golongan muda ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, bagi meningkatkan pemahaman mengenai pasaran modal runcit di negara ini. "The Great Bursa Bull Hunt adalah yang pertama dari siri bertemakan Bull yang melibatkan acara-acara dan aktiviti yang dirancang untuk tahun ini. "Hasrat kami ialah untuk melibatkan pelanggan runcit kami dengan cara yang mereka biasa dan inisiatif-inisiatif ini perlu dicapai dan terangkum," kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Tajuddin Atan dalam satu kenyataan. Beliau berkata, internet adalah cara terbaik bagi bursa tempatan mencapai sasarannya. Peraduan ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dengan kerjasama Kenanga Investment Bank Bhd dan Malacca Securities, terdiri daripada pertandingan utama dan empat pertandingan mingguan yang berlangsung mulai 31 Mac hingga 27 April 2014. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.bursamalaysia.com/bullhunt.