suria

Maxis Sasar 300,000 Muat Turun Aplikasi Hotlink Red

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan komunikasi Maxis Bhd menjangkakan 200,000 hingga 300,000 muat turun oleh pengguna prabayar pada hujung tahun ini melalui Hotlink Red Application yang baru sahaja dilancarkan.

Ketua Pengguna Prabayarnya Navin Manian berkata, syarikat telekomunikasi itu telah melancarkan aplikasi tersebut di peringkat pangkalan data sejak sebulan lepas dan telah pun mencatatkan kira-kira 5,000 pelanggan.

"Kami mempunyai cita-cita besar untuk aplikasi itu dan melalui pelan prabayar kami, Hotlink, kami menjangka dapat mengembangkan keseluruhan perniagaan dan jumlah pengguna prabayar kami," katanya selepas pelancaran Hotlink Red App semalam.

Katanya, sekarang ini terdapat kira-kira 13 juta pengguna Maxis, terdiri daripada 10 juta dalam segmen prabayar dan tiga juta dalam segmen pascabayar.

Navin berkata melalui Hotlink Red App, Maxis mahu mengembangkan jumlah pengguna internet mudah alihnya dan menarik pelanggan prabayar baharu.

Aplikasi ini memberikan akses kepada ganjaran LiveLifeLoud sepanjang tahun serta cara yang baharu dan lebih mudah untuk pengguna prabayar mengesan baki penggunaan, isian semula, data atau untuk membeli perkhidmatan internet mudah alih.


Maxis, Hotlink Red

Artikel Lain