suria

Nasim Yakin Jual 7,000 Kereta Peugeot Tahun Ini

Samson (kanan), Pengarah Urusan Eurofrance Sdn Bhd, Datuk Wilfred Heng (kiri) and Pengarah Kanan Automoniles Peugeot ASEAN, Lionel Faugeres (dua dari kiri) berdiri di sebelah model baru Peugeot 5008 MPV pada majlis pelancaranannya, Rabu.

JOHOR BAHARU: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Peugeot di Malaysia yakin dapat menjual 7,000 unit kereta Eropah itu tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George, berkata, prestasi syarikat untuk suku pertama 2014 sangat menggalakan dengan pertumbuhan jualan lebih 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Kami dalam perjalanan untuk mencapai sasaran bagi tahun ini," katanya kepada pemberita di majlis memperkenalkan model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Peugeot 5008 di cawangan baharu Nasim bernilai RM6 juta di sini, Rabu.

Samson berkata, kereta Eropah, termasuk Peugeot, berpotensi besar di Malaysia dan mampu menguasai sehingga 10 peratus jumlah volum industri dalam masa terdekat berbanding lima hingga enam peratus ketika ini.

"Peugeot akan memainkan peranan utama kerana kami menguasai 20 peratus pasaran kereta Eropah di Malaysia. Johor adalah pasaran penting untuk kereta Peugeot berikutan peningkatan kualiti hidup di negeri itu," katanya.

Mengenai model baharu 5008 yang diperkenalkan di seluruh negara hari ini, beliau berkata, Nasim merancang untuk menjual 100 unit sebulan MPV premium tujuh tempat duduk itu dengan harga di atas jalan RM159,888 seunit.

Menurutnya, tahun ini syarikat itu menyasarkan jualan 700 unit model berkenaan, iaitu 10 peratus daripada keseluruhan jualan Peugeot.

Tahun depan, Nasim akan melancarkan tiga lagi model baharu, termasuk 308.

Samson berkata, Nasim akan terus mengembangkan rangkaian jualan yang kini berjumlah 32 cawangan di seluruh negara, dengan sembilan lagi akan beroperasi sebelum akhir tahun ini.


Artikel Lain