suria

Jualan Runcit Ford Melonjak 59 Peratus

KUALA LUMPUR: Jualan runcit Ford Motor company melonjak 59 peratus tahun ke tahun kepada 1,116 unit pada Mei, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat ke atas Fiesta sporty baharu.

Bulan yang cemerlang ini diperkukuh oleh permintaan yang semakin meningkat untuk Fiesta dan model lain seperti Ranger, Kuga dan Focus.

"Kami merekodkan sambutan hebat pengguna terhadap barisan kenderaan kami di Malaysia, yang membantu memacu trafik yang semakin meningkat ke bilik-bilik pameran Ford kami di seluruh negara," kata Pengarah Urusan bagi Malaysia dan Asia Pasifik David Westerman dalam satu kenyataan pada Isnin.

Fiesta baharu terus menarik perhatian pada Mei, mencatatkan bulan berprestasi terbaik dalam tempoh lebih setahun dengan jualan runcit melonjak 154 peratus berbanding setahun lepas sebanyak 381 unit.

Jualan runcit Ranger meningkat 46 peratus tahun ke tahun kepada 574 unit pada Mei, terus menjadi antara pikap paling laris dalam pasaran.

Kuga SUV turut menyumbang kepada jualan runcit Mai dengan 76 unit dijual, menjadikan sebanyak 377 unit setakat ini.

Sempena perayaan ulang tahun ke-111, pelanggan Ford di Malaysia boleh menikmati tawaran dan promosi istimewa sehingga 30 Jun.


Ford, Fiesta, Kuga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain