suria

Saham JCorp Dalam KFC Meningkat Kepada 51% - MB

PETALING JAYA: Pegangan saham Johor Corporation (JCorp) dalam KFC Holdings Malaysia Bhd (KFCH) meningkat kepada 51 peratus, berbanding 24 peratus tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi laman Facebooknya baru-baru ini.

"Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang mulia ini, ingin saya umumkan pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang saham majoriti KFC sebanyak 51 peratus berbanding hanya 24 peratus sahaja sebelum ini.

"Ia bermakna KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini," katanya.

Selain itu Khaled yang juga Pengerusi JCorp memberi jaminan bahawa setiap keuntungan dan dividen yang diperoleh kerajaan negeri menerusi anak-anak syarikat dibawah perbadanan itu akan digunakan untuk pembangunan Johor.

"Ia akan digunakan untuk pembangunan Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan," katanya.
Johor Corporation, KFC

Artikel Sebelum

Artikel Lain