Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata, pengambilalihan itu termasuk hotel dikenali sebagai Gurney Resort Hotel & Residences, unit runcit di tingkat bawah hingga tingkat dua dan 551 lot tempat letak kereta.
"Pengambilalihan itu adalah satu peluang untuk Plenitude mengembangkan perniagaan hotelnya, termasuk Four Points Sheraton Pulau Pinang dan ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan.
"Urus niaga itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2014," katanya.