Pembelian itu akan meningkatkan pegangan MRCB dalam PSSB kepada 100 peratus.
Pembelian itu akan dibiayai melalui dana dalaman dan/atau pinjaman bank, kata MRCB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
"Pembelian itu akan membolehkan MRCB menguruskan dengan lebih baik operasi PSSB di samping meningkatkan kecekapan melalui struktur pengurusan tunggal dan dengan itu meningkatkan profil dan prospek pendapatan kumpulan," katanya.
Cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun ini.