suria

Hasil Perindustrian China Meningkat

BEIJING: Hasil perindustrian China meningkat 9 peratus pada Julai berbanding tahun sebelumnya tetapi susut berbanding pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus pada Jun, kata Biro Statistik Kebangsaan (NBS).

Pada asas bulanan, hasil perindustrian pada Julai naik 0.68 peratus berbanding Jun, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu.

Bagi tempoh Januari hingga Julai, hasil perindustrian meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun, katanya.

Jualan runcit China berkembang sebanyak 12.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 2.08 trilion yuan (US$337.71 bilion) pada Julai, tetapi turun sedikit daripada kenaikan sebanyak 12.4 peratus yang dicatatkan pada Jun.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, jualan runcit naik 12.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas kepada 14.5 trilion yuan (US$2.35 trilion), kata NBS.

Pelaburan aset tetap China, pemacu utama ekonomi China, meningkat 17 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama, perlahan sebanyak 0.3 peratus berbanding bacaan yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini.

Bagi tempoh Januari hingga Julai, pelaburan hartanah berkembang sebanyak 13.7 peratus tahun ke tahun kepada 5.04 trilion yuan (US$819 bilion), perlahan berbanding 14.1 peratus pertumbuhan pada separuh pertama tahun ini dan susut daripada 16.4 peratus kenaikan dicatatkan pada suku pertama tahun ini. 


China

Artikel Lain