PETALING JAYA: Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) akan terus 'turun padang' untuk menjalankan promosi produk yang dihasilkan supaya lebih dekat dihati pengguna. President Adabi, Adrian Roslan berkata, langkah yang dilaksanakan selama ini adalah landasan terbaik untuk memastikan produk keluaran syarikat itu menjadi pilihan ramai. "Kami akan tetap turun padang tanpa jemu untuk mendekati pengguna dan itulah antara usaha yang dapat mengukuhkan kedudukan syarikat sejak beroperasi 30 tahun lalu," katanya ketika mengadakan lawatan ke Menara Star sini, Khamis. Sempena lawatan itu juga, Chef Eksekutif Adabi, Chef Irwan Mohd Nor mengadakan demonstrasi masakan menggunakan produk keluaran Adabi. Menggunakan dapur bergerak khas, dua jenis menu yang disediakan adalah kurma daging dan telur dadar. Adrian (dua dari kanan) diberi taklimat mengenai operasi The Star Publication (M) Bhd di StarGallery. Selain itu, Adrian berkata, syarikat juga memberi perhatian kepada pembabitan dalam program tanggungjawab sosial seperti bantuan mangsa banjir, rumah kebajikan dan ibu tunggal. Berkaitan produk terkini pula, beliau berkata, dua varisi Kuah Kacang Adabi iaitu campuran daging dan ayam yang dilancarkan sempena Ramadan dan Syawal mendapat sambutan yang baik. "Setakat ini, jualannya mencapai sasaran 15 sumbangan jualan dari tiga produk baharu kepada perolehan jualan tahun ini," katanya. Selain kuah kacang, dua lagi produk terkini syarikat berkenaan adalah Ketupat Kecil Adabi dan Telur Mate Adabi yang dihasilkan daripada sayuran khas untuk memasak telur dadar.