suria

HLIB: RHB CAP, CIMB Dan MBSB Dijangka Teruskan Penggabungan

KUALA LUMPUR: Penggantungan dagangan saham-saham RHB Capital Bhd, CIMB Group Holdings Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), memberi isyarat jelas bahawa kesemua pihak akan meneruskan cadangan penggabungan, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB), Khamis.


Dalam notanya, bank pelaburan itu berkata ketiga-tiga pihak mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk memuktamadkan struktur dan butiran penggabungan mega itu.

"Berdasarkan situasinya yang kompleks dan tiga pihak terlibat, pihak-pihak terbabit mungkin tidak dapat mengumumkan struktur muktamad bagi penggabungan itu," kata HLIB.

Berdasarkan pemodalan pasaran dan aset ketiga-tiga pihak, HLIB berkata pemegang saham CIMB dijangkakan menerajui entiti yang diperbesar itu.

"Kami percaya siapa yang akhirnya akan mengambil alih tidak penting memandangkan penggabungan ketiga-tiga pihak itu dijangka membabitkan pertukaran saham majoriti.

Dagangan saham-saham CIMB, MBSB dan RHB Cap digantung hari ini sementara menunggu pengumuman penting.

Saham-saham ketiga bank itu kali akhir didagangkan masing-masing pada RM6.98, RM8.70 dan RM2.37.

MBSB, bank pelaburan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain