suria

Pendaftaran CBP Meningkat

KUALA LUMPUR: Sejumlah 90,734 syarikat sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sehingga 15 Okt, meningkat 2,263 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu pada Khamis, angka terkini itu menunjukkan semakin banyak syarikat mendaftar untuk CBP bagi menetapi tarikh akhir pendaftaran pada 31 Dis, 2014.

Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar untuk CBP, sistem percukaian baharu yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan.


GST, CBP

Artikel Lain