suria

Golden Holidays Tawar Pakej Pelancongan Jakarta-Bandung

KUALA LUMPUR: Unit pengendalian pelancongan Penerbangan Malaysia (MAS), Golden Holidays, kini menawarkan pakej percutian empat hari tiga malam ke Jakarta dan Bandung pada hanya RM1,730 seorang mulai sekarang hingga 31 Disember  2014.


Dalam satu kenyataan, MAS berkata pakej 'Taste of Jakarta-Bandung' itu termasuk tiket kelas ekonomi pergi balik, penginapan, disambut di lapangan terbang dan dibawa melawat ke destinasi menarik.

Semasa lawatan berkenaan, pelanggan akan dibawa ke tempat-tempat menarik seperti Bogor dan Taman Safari di Jakarta sebelum ke Bandung.

Baru-baru ini Golden Holidays melancarkan brosur Destinasi Asean yang meliputi lapan negara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Myanmar.

Brosur 144 muka surat itu penuhi dengan idea, maklumat percutian, destinasi dan peta destinasi bagi membantu pelanggan merancang percutian mereka.

Maklumat lanjut mengenai pakej boleh didapati dengan menghubungi ejen pelancongan atau mengunjungi pejabat Golden Holidays di KL Sentral atau melayari laman web MAS di http://holiday.malaysiaairlines.com atau emel kepada goldenholidays

Artikel Sebelum

Artikel Lain