Jabatan Kastam dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat berkata, data terbaharu itu menunjukkan bahawa lebih banyak syarikat mendaftar bagi GST menjelang tarikh akhir 31 Disember ini.
Sasaran kerajaan adalah untuk mendapatkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015.