FRANKFURT: Puma, jenama pembuat pakaian dan peralatan sukan Jerman pada Jumaat berkata mengalami kejatuhan keuntungan pada suku ketiga akibat kesan pertukaran mata wang asing. Menerusi kenyataan Puma berkata, keuntungan bersihnya turun kepada 29 juta euro (USD 36 juta) dalam tempoh dari Julai hingga September berbanding 53 juta euro pada tahun sebelumnya. "Pada suku ketiga yang baik, Puma mencapai jualan yang lebih baik daripada yang dijangkakan," kata Ketua Eksekutifnya, Bjorn Gulden. Selain itu Puma berkata, ia akan terus melabur dengan kukuh dalam aset pemasaran dan sukan serta pelaburan dalam infrastruktur IT di samping mengekalkan kawalan ketat ke atas perbelanjaan operasi yang lain.