suria

Banjir: NGC Energy Sumbang 500 Tong Gas Memasak

KUALA LUMPUR: Syarikat pembekal gas NGC Energy (NGC Energy) Sdn Bhd menyumbang 500 tong gas memasak kepada mangsa banjir di Kelantan.

Pengurus Besar NGC Energy, Julianna Kamaruddin berkata sumbangan tersebut bukan sahaja sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka, tetapi juga sebagai tanda komitmen mereka membantu kerajaan menghadapi situasi bencana.

"Pihak kami amat bersimpati dengan nasib mangsa banjir terutamanya di negeri Kelantan yang dikatakan mencatat angka mangsa banjir tertinggi dalam sejarah banjir negara selama 40 tahun.

"Oleh itu kami berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir terutamanya dalam aspek penyediaan makanan seharian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Sumbangan tong gas memasak berjenama Mira Gas diterima Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah KPDNKK Kelantan, Ab Ghani Harun.

Banjir, Kelantan, NGC Energy

Artikel Berikut

Artikel Lain