suria

AirAsia Perkenal Barista Di Udara

SEPANG: AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah peneraju dan terbesar di rantau ini kini menawarkan kopi premium seperti Espresso, Long Black, Cappuccino dan Café Latte dalam penerbangan terpilih AirAsia yang melebihi 2 jam dan ke atas dengan pengenalan Barista di Udara AirAsia. 

Kopi premium dari T&Co akan dihidang oleh anak-anak kapal AirAsia yang telah dilatih sebagai professional barista.

Kopi Premium ini tersedia dalampenerbangan terpilih AirAsia Malaysia (Kod penerbangan AK) yang melebihi dua jam ke atas dan berharga RM8 secawan sahaja. 

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, “Terdapat permintaan tinggi bagikopi premium yang berterusana dalam penerbangan AirAsia.

Sejak dari pengenalanrangkaian produk-produk T&Co dalam menu dalam penerbangan kami lewat tahun 2013, kami telah melihat peningkatan dalam permintaan terhadap kopi premium.

Maklumbalas dari para tetamu kami adalah sangat berharga dan kami berbangga memperkenalakan Barista di Udarayang akan menghidangkan para tetamu dengan kopi premium ini pada harga yang sangat berpatutan.” 

“Dengan pelancaran produk ini hari ini, kami mempunyai 10 pesawat AirAsia Malaysia yang di lengkapi dengan mesin kopi espresso T&Co, dan seterusnya mesin kopi ini akan dilengkapkan ke lebih banyak pesawat di seluruh jaringan AirAsia.

Kami juga akan terus mencari produk baru dan menawarkannya kepada para tetamu kami dengan pengalaman penerbangan yang lebih baik,” tambah Spencer Lee. 

AirAsia juga ingin terus menjemput semua tetamu yang telah mencuba kopi premium dan pengalaman bersama Barista di Udara kami untk berkongsi pengalaman mereka diplatform media sosial dengan tag @AirAsia dan @T&Co di Instagram, serta hashtag#baristainthesky.

AirAsia, Barista

Artikel Lain