suria

Kumpulan Media Star Lancar Mekanisma Mengesan Sasaran Audien

Roy Tan (kanan) sekali bersama Ketua Pegawai Pendapatan Kumpulan Media Star, Lim Bee Leng (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Calvin Kan semasa pelancaran produk sasaran digital terbaru di Menara Star, Petaling Jaya, pada Isnin, 1 Jun 2015.

PETALING JAYA: Kumpulan Media Star pada Isnin melancarkan satu mekanisma mengesan sasaran audien yang tepat menerusi platform digital kepada para pelanggannya iaitu pengiklan - dipercayai yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Aplikasi tersebut yang dinamakan Pemasaran Sasaran Minat Audien atau Audience Target Interest Marketing (AIM) berupaya mengesan apa yang diminati oleh para pelayar platform digital Kumpulan Media Star secara tepat dan efektif.

Menurut Ketua Pegawai Digital Kumpulan Media Star, Roy Tan, adalah menjadi mimpi setiap mereka yang terlibat dalam dunia pemasaran untuk mencapai sasaran audien yang spesifik dan tepat dan ia kini dapat dilakukan menerusi produk baru yang diperkenalkan oleh kumpulan ini kepada para pelanggannya iaitu pengiklan.

Kata Roy, AIM mampu memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan profiling yang tepat tentang siapakah sasaran audien yang mereka kehendaki dan inginkan.

Dengan jumlah audien sedia ada berjumlah 5.5 juta orang merentasi platform percetakan, radio, televisyen dan digital, AIM menjanjikan 100% kandungan iklan yang dapat dilihat dengan jelas.

Roy berkata demikian dalam taklimat kepada para pelanggan Kumpulan Media Star yang dulunya dikenali sebagai Star Publications (Malaysia) Bhd di Menara Star, di sini.

Kumpulan Media Star, Roy Tan

Artikel Lain