suria

Lazada Lancar Kempen Sasar Pembeli Bukan Dalam Talian

KUALA LUMPUR: Platform membeli belah dalam talian,  Lazada, akan melancarkan kempen bersepadu Membeli Belah Mudah di Malaysia mulai 27-31 Julai ini.

Kempen itu disasarkan kepada pembeli bukan dalam talian dengan mengetengahkan manfaat membeli belah dalam talian yang mudah.

"Kami komited untuk menyediakan pengalaman membeli belah ini kepada kira-kira 550 juta pengguna di Asia Tenggara.

"Meskipun pelanggan kami gembira dan berpuas hati dengan pengalaman membeli belah dalam talian mereka menurut kaji selidik kami, masih terdapat peluang yang belum dimanfaatkan untuk meluaskan capaian kepada pembeli bukan dalam talian dan menukar persepsi mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel dalam satu kenyataan.

Kempen itu akan menyepadukan iklan televisyen, laman web, surat berita dan saluran media sosial dalam mengetengahkan produk pengalaman aplikasi mudah alih terbaik dan pilihan pembayaran yang selamat termasuk pembayaran tunai semasa serahan.

Ressel berkata, semua barangan yang dibeli menerusi laman webnya yang mesra pengguna dan aplikasi mudah alih, dilindungi oleh Program Perlindungan Pembeli Lazada yang menyediakan jaminan produk adalah tulen dan baharu tanpa sebarang kecacatan. -- Bernama

Lazada, Hans-Peter Ressel

Artikel Lain