suria

AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dhaka-KL

Aireen Omar

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd secara rasmu, telah melancarkan penerbangan terus dari Dhaka, Bangladesh (DAC) ke Kuala Lumpur (KUL).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, laluan KUL-DAC  membawa 24,000 penumpang apabila ia beroperasi dari dan ke Kuala Lumpur sebelum ini.

"Kami yakin bilangan itu akan terus meningkat kerana kini, kami kembali dengan kekerapan penerbangan yang lebih banyak.

"Warga Bangladesh kini boleh terbang ke Singapura, Brunei atau bahagian-bahagian lain di Asia dan Australia melalui rangkaian penerbangan kami yang luas," katanya.

Menteri Perusahaan Bangladesh, Amir Hossain Amu, berkata Malaysia menjadi salah satu pelabur asing terbesar di Bangladesh selepas mencatatkan pelaburan lebih daripada US$1.643 bilion sehingga Jun 2014.

"Saya gembira melihat AirAsia menghidupkan semula laluan ini, ia akan merapatkan jurang di antara kedua-dua negara melalui penerbangan harian dan ini akan mengeratkan hubungan kami.

"Saya percaya ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua  negara melalui aktiviti perniagaan dan pelancongan," katanya.-- Bernama

AirAsia, Aireen Omar, Dhaka

Artikel Lain