KUALA LUMPUR: Pekerja Boeing di Renton, Washington, kini memulakan pemasangan akhir 737 MAX 8 pertama, pesawat barisan pertama keluarga baharu Boeing satu lorong yang lebih cekap. "Kami terus memenuhi jadual perancangan kami untuk program 737 MAX, kesemuanya hasil ketekunan pekerja dan pembekal kami. "Kita masih ada banyak kerja menunggu, namun kami gembira terhadap kemajuan setakat ini," kata Keith Leverkuhn, Naib Presiden/Pengurus Besar, program 737 MAX, Boeing Commercial Airplanes. Selepas badan pesawat pertama tiba pada 21 Ogos dari Spirit Aerosystems di Wichita, Kansas, mekanik mula memasang sistem penerbangan dan kain penebat. "Ini merupakan suatu penghormatan. Hanya ada satu anak kapal yang menjadi orang pertama yang membina kapal terbang ini. Saya benar-benar teruja, kata ketua pasukan elektrik 737 MAX, Sean Kristian menerusi kenyataan itu. Anak-anak kapal kemudiannya memindahkan fiuslaj kepada kedudukan untuk memasang sayap ke badan di barisan pengeluaran baharu, tempat MAX pertama dibina. Mekanik kemudiannya akan memasang sayap kepada badan pesawat tersebut. Ia turut menampilkan sayap baharu teknologi canggih Boeing. Dibangunkan khusus untuk 737 MAX yang memberikan pelanggan peningkatan kecekapan tambahan bahan api sehingga 1.8 peratus berbanding sayap sedia ada. "Ini merupakan antara ciri-ciri baharu yang membezakan 737 MAX dan menjadikannya sebagai pesawat dengan kecekapan bahan api yang menakjubkan, kata Leverkuhn. Boeing akan membina 737 MAX pertama secara eksklusif di barisan pengeluaran baharunya di kilang Rento. Setelah mekanik mengesahkan proses pengeluaran, pasukan berkenaan akan meneruskan pengeluaran MAX di dua lagi barisan pemasangan akhir di Renton. "Pembukaan barisan pengeluaran baharu di Renton meningkatkan fleksibiliti dan kapasiti, yang membolehkan pasukan kami memenuhi keperluan pelanggan untuk pesawat satu lorong yang paling dipercayai di dunia, ke masa hadapan," kata Scott Campbell, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Program 737 dan pemimpin tapak Renton, Boeing Commercial Airplanes. Pasukan 737 MAX berada pada kedudukan yang tepat untuk menyiapkan 737 MAX pertama pada akhir tahun dan terbang pada awal 2016. Pelanggan pelancaran, Southwest Airlines, dijadual menerima 737 MAX pertama pada suku ketiga 2017. Secara keseluruhannya, keluarga 737 MAX menerima 2,869 tempahan daripada 58 pelanggan di seluruh dunia.