suria

Sime Darby Dinamakan Syarikat Terurus Terbaik

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd dipilih sebagai Syarikat Terurus Terbaik di Malaysia bagi kategori Modal Pasaran Besar manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, dipilih sebagai Eksekutif Terbaik di Malaysia, dalam senarai Syarikat Terurus Terbaik Asia 2015 anjuran Asiamoney.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Bakke berkata pengiktirafan itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekukuhan syarikat.

"Kami amat berbangga dengan anugerah ini yang menunjukkan keyakinan pemegang saham dan pelabur terhadap syarikat dan pengurusan Sime Darby.

"Walaupun syarikat berhadapan keadaan perniagaan yang mencabar di peringkat global, namun kami terus memberikan tumpuan ke atas penyatuan dan pengukuhan kedudukan kewangan untuk menambah nilai kepada pemegang saham," katanya.

Anugerah tahunan ini adalah berasaskan undian yang dijalankan oleh Asiamoney, dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Maklumat dan eksekutif kanan dari syarikat broker saham dan penganalisis kanan di seluruh Asia, mencalonkan syarikat senaraian awam terbaik di Asia serta Ketua Eksekutif Terbaik dari setiap negara.

Kemenangan Sime Darby sebagai syarikat Terurus Terbaik di Malaysia (Modal Pasaran Besar) dan pencalonan Bakke sebagai Eksekutif Terbaik bagi Malaysia, diputuskan menerusi jumlah pencalonan yang dikumpul melalui undian.

Sime Darby

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain