suria

Bilik Pameran, Pusat Servis Ford Sebahagian Pelan Pengembangan RM140 Juta

KUALA LUMPUR: Bilik pameran dan pusat servis baharu Ford Motor Co di Petaling Jaya akan menjadi sebahagian daripada pelan pengembangan rangkaian dan penambahbaikan perkhidmatan pelanggan dua tahunnya yang bernilai RM140 juta.

Ford Motor dan rakan kongsi pengedarannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) dalam satu kenyataan bersama berkata pusat ke-48 milik Ford itu yang dinamakan SDAC PJ2, mempunyai 22 ruang servis dan merupakan bilik pameran serta pusat servisnya yang terbesar di Malaysia.

"Kami memudahkan lagi pelanggan untuk berinteraksi dengan kami dengan membuka pusat pengedaran dan mengembangkan pusat pengedaran sedia ada agar mereka menggabungkan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung,"kata Pengarah Urusan SDAC Syed Muzri Syed Faiz.

Kemudahan seluas 99,400 meter persegi itu dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini Ford dan dikendalikan oleh juruteknik diperakui Ford.

SDAC PJ2 terletak di Lot 3, Jalan 51A/219, 46100 Petaling Jaya, Selangor.-- Bernama


Ford Motor, SDAC, Petaling Jaya

Artikel Lain