suria

PBSNB Umum Agihan Pendapatan BSN Dana Dividen Al-Ifrah

KUALA LUMPUR: Permodalan BSN Bhd (PBSNB) pada Isnin mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 0.8 sen atau sejumlah RM1.93 juta untuk BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.

Dalam satu kenyataan di sini, anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN) itu juga mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 0.9 sen atau RM2.54 juta untuk Amanah Saham BSN (ASBSN).

"Pelaburan semula unit agihan pendapatan untuk Al-Ifrah akan dibuat pada hari ketiga bekerja selepas pengumuman ini manakala pelaburan semula untuk ASBSN pada 31 Jan 2016," menurutnya. 

PBSNB

Artikel Lain