suria

Zawara Mahu Kembangkan Perniagaan F&B Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR: Jenama fesyen tempatan Zawara Sdn Bhd bercadang mengembangkan perniagaan baharunya, Zawara Coffee, ke pasaran antarabangsa pada 2017.

"Kami merancang perluaskan jenama Zawara Coffee ke Singapura dan Indonesia tahun depan serta ke Emiriah Arab Bersatu, Eropah dan Amerika Utara menjelang 2020," kata Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif kumpulan, Kamarul Karim kepada pemberita, di sini pada Isnin.

Kamarul berkata segmen makanan halal menawarkan peluang yang luas dan kopi pula diminati di seluruh dunia. 

Syarikat memperuntukkan RM5 juta bagi memperluas jenama Zawara Coffee diseluruh negara tahun ini, katanya.

"PNS (Perbadanan Nasional Bhd) akan membantu kami mengembang dengan memanfaatkan model francais," katanya.

Bagi perniagaan pakaian, Zawara memperuntukkan RM5 juta untuk meningkatkan pembangunan produk dan RM5 juta lagi bagi mengekalkan operasi perniagaan.-Bernama

Zawara Sdn Bhd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain