suria

Tefal Perkenal Peralatan Masak Titanium Baharu Di Malaysia

Pengarah Urusan Tefal Malaysia, Thailand & Filipina, Suwasit Wittayawijug, Pengarah Barangan Korporat, Natalie Cheng dan Chef Nathalie Arbefeuille semasa melancarkan peralatan memasak titanum Tefal ketika sambutan ulang tahun ke-60 Tefal.

KUALA LUMPUR: Tefal, pengeluar peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan pelbagai Peralatan Masak Titanium tidak melekat yang terbaharu di Malaysia.

Pengurus Produk Kanan Tefal Malaysia Nikki Lua berkata produk itu termasuklah Tefal Titanium Expertise Cookware, Tefal Titanium Pleasure Cookware dan Tefal Titanium So Intensive Cookware.

Nikki berkata Tefal mencipta semula titik termo untuk menunjukkan suhu yang betul bagi masakan dan rasa yang sempurna.

"Peralatan masak itu dihasilkan dengan lapisan titanium tidak melekat yang baharu, dinamakan 'Titanium Excellence' dan 'Titanium Force' dengan jaminan ketahanan produk yang lebih lama," kata Lua semasa pelancaran dan pameran produk itu yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-60 Tefal.

Pameran selama empat hari yang bermula hari ini di Pusat Beli-Belah 1 Utama akan mempamerkan produk memasak dan peralatan elektrik terkini daripada Tefal, selain permainan, bengkel dan aktiviti lain.-- Bernama



Tefal, titanium, Nikki Lua

Artikel Lain