suria

Qatar Airways Tingkatkan Perkhidmatan KL-Doha

KUALA LUMPUR: Qatar Airways akan meningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya daripada 21 kepada 24 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha bermula 2 Julai hingga 30 Ogos, 2016.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu berkata pertambahan jumlah penerbangan berkenaan bertepatan dengan musim Hari Raya, membolehkan  pelancong Malaysia yang ingin perjalanan mewah dan selesa, bercuti ke destinasi baru.

Pengurus Negara Qatar Airways bagi Malaysia dan Brunei Datuk Muzammil Mohamad berkata tiga penerbangan mingguan tambahan itu akan berlepas dari  Kuala Lumpur ke Doha pada 9.15 pagi Selasa, Jumaat dan Ahad.

"Penerbangan tambahan Doha-Kuala Lumpur akan berlepas dari Doha pada pukul 6.45 petang pada Isnin, Khamis dan Sabtu.

"Bagi penerbangan baru ini, Qatar Airways akan menggunakan pesawat A330 dengan 24 tempat duduk kelas Busines dan 248 tempat duduk kelas Ekonomi," katanya. 

Qatar Airways

Artikel Berikut

Artikel Lain