suria

Vivocom kembali untung pada suku kedua

KUALA LUMPUR: Vivocom Intl Holdings Bhd kembali untung pada suku kedua (S2) berakhir 30 Jun, 2016, dengan keuntungan sebelum cukai melonjak kepada RM32.29 juta, berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.46 juta pada suku yang sama suku tahun lepas.

Perolehan juga meningkat kepada RM121.56 juta berbandung RM8.64 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata prestasi yang kukuh itu disumbangkan oleh bahagian pembinaan, yang menyumbang 77.4 peratus daripada jumlah pendapatan.

Kumpulan itu memperoleh kontrak, dengan projek dalam tangan kini dianggarkan sekitar RM2 bilion, dengan lebih banyak projek dijangka diperoleh tidak lama lagi," kata syarikat itu.

Dalam perkembangan lain, pemegang saham Vivocom meluluskan cadangan syarikat untuk pelaksanaan satu untuk empat Terbitan Bonus.

Pengarah Eksekutifnya Choo Seng Choon berkata terbitan bonus itu akan selesai sepenuhnya pada awal bulan ini.

"Ini akan meningkatkan terbitan dan modal saham berbayar syarikat itu ke tahap yang lebih mencerminkan skala semasa operasi dan aset," katanya.

Pada 11.30 pagi, harga saham Vivocom naik setengah sen kepada 28.5 sen, dengan 12.180.000 diniagakan. - BERNAMA

vivocom, untung

Artikel Lain