suria

Felcra Livestock Sasar Jualan Sekitar RM25 Juta Setahun Bagi Produk Makanan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Felcra Bhd, Felcra Livestock  and  Agri Product Sdn Bhd (FLAP) mensasarkan jualan sekitar RM25 juta setahun bagi produk tuna dan sardin di pasaran antarabangsa dan domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd, Zulkarnain Md Eusope berkata, jenama produk Yuya, yang baru dilancarkan itu, disasarkan mencatat jualan sebanyak tiga kontena sebulan pada suku pertama dan kedua 2017.

"Kami telah mempunyai pelanggan berpotensi dan sedang menjalankan rundingan dari aspek harga berpatutan bagi (jenama produk) Yuya," katanya kepada pemberita pada pelancaran jenama produk Yuya di sini, Khamis.-- Bernama


Felcra, Yuya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain