suria

2017: Honda Malaysia Perkenal 4 Model Baharu, Sasar Jualan 100,000 Unit

Katsuto Hayashi (kanan) bersama Naib Presiden kumpulan, Akkbar Danial dengan model terbaharu Honda City.

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia memperkenalkan empat model terbaharu pada 2017 bagi mencapai sasarannya untuk menjual 100,000 unit kenderaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Katsuto Hayashi berkata, pihaknya percaya tahun ini lebih positif untuk industri automotif di rantau ini.

Beliau berkata, dengan strategi yang berkesan dan semangat untuk menghadapi cabaran, syarikat bukan saja dapa mencapai penjualan 100,000 unit, malah memuaskan hati pelanggan.

Hayashi juga percaya dapat meningkatkan sasaran lapan peratus tahun ini bagi kekal menduduki tangga teratas pasaran kenderaan.

Jumlah jualan kenderaan (TIV) dijangka mencapai 600,000 unit tahun ini berbanding 580,124 tahun lalu, bagaimanapun Honda Malaysia melepasi sasaran pada akhir 2016 dengan penjualan 91,830 unit.

"Pencapaian cemerlang ini merangkumi 15.8 peratus pasaran Honda Malaysia, iaitu yang kedua tertinggi bagi operasi automobil di dunia.

"Peratusan ini mengekalkan Honda pada kedudukan nombor satu bagi segmen bukan nasional untuk dua tahun berturut-turut, juga tahap kedua pada keseluruhan TIV untuk pertama kalinya di Malaysia," katanya.

Pada Januari lalu, model baharu BR-V yang diperkenalkan melengkapkan kenderaan utiliti Honda, sekali gus memberi banyak pilihan untuk rakyat Malaysia.

"BR-V terus menawarkan momentuk dengan menawarkan kombinasi unik dengan gaya kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi memperbaiki segmen kereta tujuh tempat duduk," katanya.

Tahun lalu, HR-V dijual hampir 25,000 unit dan menjadi model Honda Malaysia yang kedua paling laris dijual.

Honda Malaysia, BR-V

Artikel Berikut

Artikel Lain