suria

Samsung Malaysia Perkenal Penyaman Udara Lebih Pantas Sejuk

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan penyaman udara S-Inverter bercirikan teknologi Pembalik 8-Kutub Digital dan dilengkapi penyelesaian pendinginan baharu yang mampu menyejukkan ruang pada kadar 30 peratus lebih pantas berbanding jenis biasa.

Menurut Samsung, penyelesaian pendinginan baharu itu turut dipadankan dengan teknologi PowerBoost bagi memendekkan masa yang diperlukan pemampat untuk mencapai kelajuan penyejukan maksimum dengan pusingan lebih lancar, kurang bunyi, getaran dan geseran.

Ketua Unit Perniagaan Elektronik Pengguna, Jimmy Tan berkata sebagai peneraju global bagi teknologi itu, Samsung sememangnya berusaha menghasilkan inovasi berguna untuk para pengguna dengan memahami keperluan dan keinginan orang ramai.

"Rakyat Malaysia yang mendiami sebuah negara tropika, mahukan penyaman udara yang memberi keselesaan. Namun pada masa sama, mereka bimbangkan aspek kemampuan tempoh penyejukan itu serta bil elektrik.

"Menerusi pelancaran penyaman udara S-Inverter pertama ini dengan teknologi Pembalik 8-kutub Digital, kami berharap dapat melegakan para pelanggan," katanya.

Penyaman udara baharu itu juga didatangkan dengan penapis ''3-Care Filter'' yang disaluti bahan anti-virus dan anti-bakteria serta mampu memerangkap dan menghapuskan 99 peratus virus, bakteria dan bahan penyebab alahan yang melalui penapis berkenaan.-- Bernama 


Samsung Malaysia, Jimmy Tan

Artikel Lain