suria

Sektor Utama Akan Dapat Manfaat Teknologi LPWAN

CYBERJAYA: Perkilangan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, pertanian dan gaya hidup digital adalah sektor-sektor utama di Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi rangkaian kawasan luas kuasa rendah (LPWAN) dalam pelaksanaan Internet of Things (IoT).

Ketua Pegawai Sektor Ekosistem Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus (gambar) berkata, LPWAN adalah antara teknologi terkini dalam dunia IoT yang dapat membantu menjadikan kehidupan harian orang ramai menjadi lebih mudah.

Sektor-sektor ini pasti mendapat keuntungan daripada kepesatan pembangunan IoT untuk membawa nilai perniagaan dan meningkatkan kualiti hidup kita," katanya ketika memberikan ucapan aluan pada seminar "Gaya Hidup Digital : IOT Merubah Perniagaan" di sini, Selasa.

Teknologi LPWAN memerlukan penggunaan tenaga yang kurang, ini menjimatkan penggunaan tenaga elektrik atau bateri, tetapi pada masa yang sama ia mempunyai liputan yang panjang dan luas.

Mohd Ali berkata, kajian membuktikan penggunaan aplikasi IOT dalam sektor perniagaan dapat memberi penjimatan antara 30 dan 40 peratus daripada kos operasi.

"Malah, ABI Research meramalkan bahawa teknologi LPWAN akan menjadi bahagian sambungan yang paling pesat berkembang di pasaran pada 2025 di mana sebanyak 4 bilion peranti IoT dijangka akan bergantung kepada LPWAN menjelang tahun tersebut," katanya.

Katanya, SKMM, dalam peranannya sebagai pemaju sektor multimedia dan komunikasi, menyokong sepenuhnya pembangunan dan penggunaan teknologi-teknologi komunikasi yang membantu melancarkan integrasi dengan peranti yang sedia ada dan membuatkan hidup lebih mudah.

Artikel Sebelum

Harga Gula Kekal

Artikel Berikut

Artikel Lain