KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsiaX mengadakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Khamis,mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye, dengan faktor muatan melebihi 90 peratus. Laluan mercu tanda ke Hawaii ini adalah satu lakaran babak baharu yang berani dalam usaha membantu lebih ramai orang melancong lebih jauh dengan harga yang lebih rendah. Ini hanya satu permulaan, dan tidak lama lagi penumpang kamiakan menikmati penerbangan ke lebih banyak destinasi di Amerika Syarikat apabila kami terus melebarkan kedudukan kami ke persada antarabangsa, kata Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan. Penerbangan D7 001 itu menandakan penyertaan pertama syarikat penerbangan itu ke pasaran AS. Laluan empat kali seminggu itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Honolulu melalui Osaka, Jepun. Bagi meraikan penerbangan sulungnya itu, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM899 untuk tempat duduk standard atau RM2,999 untuk pemegang anugerah Flatbed Premium, dari Kuala Lumpur ke Honolulu. Promosi tambang ini yang tersedia di laman web AirAsia,airasia.com, dari sekarang sehingga2 Julai2017 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2017 dan 28 Ogos tahun depan. Penumpang yang transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun untuk tempoh persinggahan selama dua jam dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing dalam penerbangan setelah melalui sebarang pemeriksaan bagasi atau barangan oleh pihak keselamatan.-- Bernama