suria

BSN Janjikan Kempen Ramadan, Aidilfitri Lebih Bermakna

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) merancang kempen Ramadan dan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun depan khusus untuk rakyat negara ini.

Puspa Marina Omar, Naib Presiden Kanan/Ketua Komunikasi Strategik BSN, berkata langkah itu susulan kejayaan pihaknya mencapai objektif dalam memberi kebahagiaan dan keceriaan kepada pelanggannya sempena musim perayaan tahun ini.

“Pada tahun akan datang, kami merancang kempen ramadan dan hari raya yang lebih bermakna dan dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada rakyat Malaysia.

Seiring dengan janji jenama BSN, tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan, kami sentiasa mengadakan kempen menyeluruh yang dapat memberi balik kepada para pelanggan kami khususnya yang telah setia bersama kami selama lebih 40 tahun menawarkan perkhidmatan perbankan kepada rakyat Malaysia,” kata Puspa Marina.

Puspa Marina, BSN telah mengakhiri kempen ini dengan menaja kepulangan pelajar terpilih yang menuntut di luar negara.

"Ini merupakan kejutan BSN buat pelanggannya di mana ahli keluarga pelajar ini tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perancangan ini," katanya.

Tambahnya, video rakaman kejutan ini telah dimuatnaik di sosial media Facebook BSN Malaysia dan laman myMetro TV.

Kempen Riuhkan Raya BSN 2017 tiba di penghujungnya selepas diadakan dari 17 April 2017 dan akan tamat pada 19 Julai 2017.

Konsep kempen yang lebih menyeluruh ini melibatkan semua medium media dan telah dilaksanakan menerusi 3 segmen iaitu Segmen 1: Peraduan produk pembiayaan kewangan di mana pelanggan yang berjaya mendapat mana-mana kemudahan pembiayaan dengan BSN sama ada pembiayaan peribadi, perumahan dan lain-lain, berpeluang memenangi baucar-baucar hadiah bernilai RM200.

Selain itu, bagi Segmen 2 merupakan peraduan sosial media di Facebook BSN Malaysia iaitu Peraduan Seloka Raya di sosial media telah bermula dari 1 Jun hingga 16 Jun 2017; dan Segmen 3 yang fokus kepada aktiviti tanggungjawab sosial yang menjurus kepada ikatan silaturrahim kekeluargaan bagi perayaan yang menjelang ini.

Seramai 800 pemenang daripada segmen 1 & 2 kempen ini telah menerima hadiah baucar membeli-belah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin, petrol di Petronas, tambah nilai kad Touch n Go dan hiasan rumah di SSF Home Deco. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai kempen ini.

Kempen Riuhkan Raya BSN ini merupakan kesinambungan daripada kempen Ramadan dan Hari Raya pada tahun-tahun lalu iaitu kempen #BSNkataYangPentingIkhlas di mana BSN menggalakkan orang ramai memberi dan membantu golongan yang memerlukan bantuan dengan ikhlas.

Manakala melalui kempen #BSN40Kebaikan, BSN menceriakan anak-anak kecil di wad pediatrik di hospital-hospital yang terpilih dan BSN juga terus memberi bantuan persiapan raya kepada para pelanggannya yang terpilih.

Saksikan rakaman video pertemuan indah mereka yang telah disiarkan di sosial media BSN dan media-media terpilih pada 16, 21 & 25 Jun 2017.

 
BSN, Aidilfitri, Puspa Marina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain