suria

Hyundai Perkenal Model SUV Baharu

SEOUL: Hyundai Motor Co. bakal memperkenalkan model terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dan kenderaan prestasi tinggi keluarannya pada Pertunjukan Motor Frankfurt sebagai usaha untuk meluaskan pasaran ke Eropah, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Sebanyak 14 model termasuk SUV Kona terbaharu dan kereta berprestasi tinggi i30N akan dipamerkan pada pertunjukan motor yang berlangsung dari 14 hingga 24 September.

Kona dengan kapasiti enjin petrol 1.0 liter atau 1.6 liter akan dilancarkan secara beransur-ansur di pasaran Eropah mulai Oktober, katanya.

Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motor Eropah Thomas A. Schmid dalam satu kenyataan berkata, pada 2018 pula Hyundai dijadual melancarkan SUV Kona berkuasa elektrik.

Menerusi Kia Motors Corp pula katanya, model Stonic SUV jenis kompak akan dilancarkan pada Julai di Frankfurt.

Bagi pasaran di Eropah model Stonic dengan kapasiti enjin 1.0 liter turbo, 1.25 liter atau enjin petrol 1.4 liter atau 1.6 enjin diesel akan mula dibuka untuk jualan bulan ini.

Kona dan Stonic direka untuk memasuki sebahagian pasaran kenderaan kompak yang kini berkembang pesat terutamanya di Eropah bagi mengimbangi kerugian jualannya di China dan Amerika Syarikat.

Artikel Sebelum

Mida Lulus RM1.3 Bilion Geran DISF

Artikel Berikut

Artikel Lain